To Live Is to Die

free counters

Selasa, 21 November 2017

DENDAM KESUMAT DAN DILEMA PENYEBAB 2 MP PAS BERKECUALI


Saya pasti tindakan dua ahli parlimen Pas yang bertindak berkecuali di dalam undian usul pengundian blok (belah bahagian) berkenaan kos sara hidup bukan kerana mereka setuju bahawa rakyat sekarang sedang bermewah dan tidak di bebani oleh kemelesetan ekonomi yang melanda sekarang tetapi kerana ke dua ahli parlimen Pas ini telah hilang pertimbangan kerana ego dan dilema.

Masakan MP Pas Bukit Gantang yang terdiri daripada orang kampung yang bekerja sebagai nelayan, pemotong getah dan kilang, tidak tahu berapa banyak orang Bukit Gantang yang sedang merana dengan kos sara hidup sekarang

Begitu juga dengan MP Rantau Panjang yang selalu saya lihat di FBnya seorang wakil rakyat yang baik dan selalu turun padang tidak sedar bahawa berkecuali itu juga bermaksud menyokong usul barisan Nasional tentang kos sara hidup.

Mereka sudah pasti tahu dan saya yakin mereka juga tidak setuju dengan kerajaan yang gagal untuk mengatasi masalah kos sara hidup yang sedang di hadapi oleh majoriti rakyat yang berpendapatan rendah sekarang ini.

Tapi oleh kerana sikap ego serta dendam kesumat dan dilema yang ada pada diiri mereka telah membuat mereka terpaksa untuk berkecuali di dalam undian tersebut.

Idris Ahmad MP Pas Bukit Gantang yang sangat bermusuh dengan parti Amanah tidak mahu di lihat bersama dengan pembangkang di mana di dalammnya mempunyai wakil Amanah lalu hilang pertimbangan antara tugasnya sebagai wakil rakyat dengan wakil parti.

MP Rantau Panjang Kelantan Siti Zailah Mohd Yusoff pula mungkin kerana berada di dalam dilema terkesan dengan tindakannya dulu bersama Ahli parlimen Pakatan Harapan mengangkat playkad "Di Mana 2.6Billion" apabila di caci maki oleh ahli dan penyokong Pas sendiri sehingga terpaksa membuat kenyataan permohonan maaf.

Akhirnya kehendak rakyat yang memilih mereka untuk menyuarakan hasrat akar umbi terpaksa di lupakan demi sekeping dendam kesumat kepada musuh politik yang menentang usul ini agar tidak di lihat oleh penyokong Pas yang mereka bersama sama dengan pembangkang dalam isu ini.

Namun yang pastinya bagi pengikut Pas kesilapan 2 ahli Parlimen mereka ini sudah pasti akan di tunding kepada orang lain dengan berkata "mana pergi ahli parlimen yang lain"? tanpa mereka sedar atau sengaja buat tidak sedar wakil rakyat yang mereka tanya kemana pergi tu di dalamnya adalah Presiden mereka sendiri yang terkenal dengan sentiasa ponteng sidang parlimen.



pernah berurusan dengan Kak Lah beberapa tahun lepas semasa kami hendak ke Sukhirin, beliau seorang yang sangat baik dan sangat membantu..

Dengan badannya yang besar terpaksa naik turun beberapa kali pejabat imegresen kerana salah seorang daripada ahli rombongan kami mempunyai masalah untuk membuat boder pass.


Blackend Is The End

Dyers Eve