To Live Is to Die

free counters

Isnin, 20 November 2017

PERGINYA SEORANG LAGENDA MUZIK ROCK DUNIA



Saya mula mendengar lagu AC/DC di sekitar pertengahan tahun 80an selepas membeli kesetnya "For Those About to Rock We Salute You" dan pertama kali menonton konsert ACDC semasa konsert raksaksa di Moscow Russia bersama Metallica, The Black Crowes dan Pantera selepas kejatuhan empayar komunis tersebut di mana jumlah penonton ke konsert ini mencecah lebih 1.6juta orang.

Maklumlah pada masa itu mana ada internet dan jika di Pulau Pinang memang sukar untuk mendapatkan video2 konsert luar negara kecuali di Kuala Lumpur.

Saya lebih suka melihat cara Malcom bermain gitar setempat dengan gaya tersendiri berbanding dengan aksi licah saudaranya Angus Young.

Sebenarnya sebelum kematian Malcom ACDC sudah pun berpecah dengan cara yang damai apabila pengasas band ini Malcom dan penyanyinya Brian Johnson telah meninggalkan band ini atas faktor kesihatan sejak beberapa bulan lalu.

Walau bagaimanapun ACDC adalah benar2 sebuah band lagenda yang mempunyai identiti rentak muzik yang tidak ada pada band2 rock yang lain kerana cukup sekadar 3 kali petikan gitarnya kita sudah tahu inilah ACDC.

Selepas 44 tahun akhirnya kita kehilangan seorang lagenda paling besar dalam arena sejarah muzik rock apabila perginya imam besar dari Autralia yang juga pengasas ACDC Almarhom Malcolm Mitchell Young.

Semoga Tuhan meletakan almarhom di syurga atas rahmatNya.

Blackend Is The End

Dyers Eve