To Live Is to Die

free counters

Rabu, 22 November 2017

TUN MAHATHIR DAN MUGABE IDIOLOGI BERBEZA TETAPI....


Saya sebenarnya sangat jahil murakap tentang politik luar negara tetapi selepas membaca tulisan saudara Arul PSM yang membandingkan dua orang tokoh dunia iaitu Robert Mugabe dari Zimbabwe dan Tun Dr Mahathir dari Malaysia saya membuat carian ringkas tentang Mugabe.

Mugabe dan Tun adalah rakan baik kerana pernah menjawat jawatan tertinggi dalam negara masing2 tetapi dari segi perjuangan asalnya kedua tokoh ini sangat jauh berbeza di mana Mugabe adalah seorang pejuang yang berasal daripada gerakan revolusioner manakala Tun Dr Mahathir pula lansung tidak pernah terlibat di dalam mana-mana gerakan Revolusioner.

Mugabe adalah seorang yang memimpin perjuangan kemerdekaan tulin seperti parti-parti haluan kiri di Malaya dan merasai susah payah sebagaimana pemimpin gerakan kiri di Malaya sehingga pernah di penjara sehingga 10 tahun sedangkan Tun Dr Mahathir pula dari awal bersama-sama dengan Umno iaitu parti yang menyebelahi penjajah tanpa pernah merasa kesusahan seperti di penjara atau di buru.

Itu adalah semasa kedua-dua tokoh ini belum lagi menjadi penguasa nombor satu di dalam negara mereka namun selepas mereka sama-sama naik menjadi penguasa perbezaan di antaranya masih terus berlaku di mana Mugabe adalah seorang lebih kepada  sosialis dan Tun Dr Mahathir pula adalah seorang yang pro kapitalis.

Mugabe memberi pendidikan dan kesihatan percumakepada rakyat Zimbabwe tapi Tun Dr Mahathir pula menjadikan pendidikan dan kesihatan sebagai alat menghasilkan duit atau dalam erti kata lain menswastakan keperluan asas rakyat Malaysia.

Namun setelah sekian lama berkuasa kedua tokoh ini telah saling bersamaan dari perbezaan apabila keduanya telah menggunakan pemerintahan kuku besi dan menipu di dalam pilihanraya untuk meneruskan kuasa.

Makanya apa yang dapat saya katakan parti atau individu dari fahaman atau idiologi apa pun adalah sama sahaja jika berkuasa terlalu lama.

Sejarah telah tertulis tentang kegagalan pemerintahan komunis dan sosialis dan sejarah juga pernah tertulis tentang kegagalan pemerintahan kerajaan Islam.

Bukan kerana Islam dan idiologi itu tidak baik tetapi kerana mereka terlalu lama di beri peluang untuk berkuasa lalu mereka culas dengan kuasa.

Ini sekadar pandangan saya yang sekolah melayu setakat darjah 3.

Blackend Is The End

Dyers Eve