To Live Is to Die

free counters

Ahad, 7 Januari 2018

KEMBARA 5 HARI DI BUMI VIETCONG

Tengah kota Ho Chi Minh
Hari ni nak share sikit pasal Vietnam yang telah kami sampai dua tahun yang lalu. Sebenarnya posting ini telah pun aku tulis di facebook mengikut bahagian-bahagian tapi bila cari semula ada beberapa bahagian telah hilang.


Jadi sorilah ya kalau posting ini culang caling awal pergi kemudian atau yang kemudian pergi awal.


Tabik hormat kepada pemimpin revolusi Vietnam

Mukadimah.

Di ceritakan bahawa hingga ajal menjelang Presiden Vietnam Ho Chi Minh hidup bagaikan seorang 'pengemis' yang tidak memiliki harta sepeserpun. Satu-satunya benda yang dia miliki hanyalah 2 stel pakaian dan 1 buah topi kebanggaannya.

Begitu besar cinta Ho Chi Minh kepada rakyatnya sehingga menjelang kematiannya beliau masih sempat memberikan wasiatnya agar supaya mayatnya jangan dikubur tapi dikremasi saja. Hal ini dimaksudkan supaya dapat menghemat lahan tanah untuk pertanian selain lebih higienis. Dan agar supaya dia dapat terus berada di tengah-tengah rakyatnya, beliau juga berpesan supaya abunya disebarkan di 3 lokasi, yaitu di Vietnam bagian utara, tengah dan selatan.

Sebagai penghargaan dan penghormatan atas jasa-jasa Minh maka setelah bersatunya Vietnam Utara (Komunis) dan Vietnam Selatan (Sosialis) maka nama Ho Chi Minh dijadikan sebagai nama kota menggantikan Saigon.
Cari bas nombor 152 untuk ke Bandar Ho Chi Ming
Untuk melancung ke luar negara kita sebenarnya tidak memerlukan wang yang banyak kalau kita menggunakan perkhidmatan bas awam untuk ke mana mana semasa di negara yang kita lawati.

Selain daripada perkhidmatan Bas awam semua kenderaan yang kita guna adalah sangat mahal berlipat kali ganda dari harga bas awam.

Sebagai contoh jika di Medan Indonesia sekiranya kita menggunakan bas dari Kota Medan ke lapangan terbang KualaNamu tambangnya hanyalah 6,000 ruppiah (RM2.00) berbanding 100,000 (RM33.00) jika kita menggunakan tren laju.

Begitu juga di Vietnam jika menggunakan bas awam dari Bandar Bent Tan ke lapangan terbang Ho Chi Minh tambangnya hanyalah 6,000dong (RM1.20) berbanding 300,000dong(RM60.00) jika menggunakan teksi.

Bukan saja perkhidmatan teksi saja mahal malah apa apa saja perkhidmatan pengangkutan orang tempatan seperti Betor di Medan atau Tut Tut di Vietnam adalah sangat mahal dan mereka akan sengaja meletakan harga yang tinggi kepada pelancung.

Maka untuk perlancungan bajet pastikan belajar dulu pengalaman dari blog blog mereka yang pernah ke sana agar dapat menjimatkan seminima mungkin perbelanjaan di negara yang kita pergi.

Percayalah hanya dengan RM500.00 (Tidak termasuk tambang kapal terbang) anda sudah boleh melancung di negara negara asian kecuali Singapura.
Sehala RM99.00

Tidak perlu risau dengan bas kerana ada banyak yang menati di Airport yang membawa ke berbagai destinasi.


Keterangan gambar : Oleh kerana semasa kami hendak ke Markas Besar Tentera Komunis Vietcong, Bas yang hendak ke sana tidak melalui stesen bas Bent Tan maka kami terpaksa menggunakan perkhidmatan motosikal... Untuk perjalanan lebih kurang 5 minit kami di cas sebanyak RM10.00 bagi seorang berbanding perjalanan bas yang memakan masa 2 jam hanyalah RM2.40.


Stesen Bas Bandar Chu Chi stesen transit dari Ho Chi Minh ke lokasi lain



Basikal pun boleh naik bas

Penjaja turut naik dan berniaga dalam bas sehingga ke sesuatu lokasi


Kondaktor bas beruniform seperti tentera



Sebelum ini aku cerita bagaima kita hendak melancung ke luar negara dengan bajet yang minima iaitu dengan menggunakan bas awam.

Hari ini aku nak cerita bagimanakah hanya dengan RM400.00 anda dapat merialisasikan pelancungan ke luar negara selain menggunakan pengangkutan bas awam iaitu mencari hotel bajet yang murah tapi selesa.

Sebenarnya kita tidak perlu sehingga tidur di bilik tumpangan back packers yang terpaksa berkongsi segalanya dengan penghuni lain tapi kita bisa saja mencari bilik hotel yang murah tapi selesa.

Cumanya kita kenalah usaha sedikit sama ada mendapatkan maklumat dari internet atau berjalan di sekitar tempat yang kita hendak bermalam mencari hotel murah.

Di Bangkok contohnya bilik hotel yang sangat selesa hanya boleh di perolehi dengan harga 500bath di mana ianya boleh di masuki oleh 4 orang dan jika berkongsi, seorang hanya perlu keluarkan lebih kurang RM12.00 saja.

Di China kami pernah berkongsi bilik yang selesa seramai 4 orang sebilik dengan harga RM100.00 iaitu seorang RM25.00

Lebih murah lagi ialah di Kemboja bila kami pernah menyewa sebuah bilik motel hanya dengan harga RM35.00 sahaja.

Sewaktu di Vietnam kami berkongsi sebilik 3 orang dengan harga 250,000 dong atau RM50.00 saja semalam.

Maka adalah tidak mustahil dengan bajet serendah RM400.00 (tidak termasuk tambang kapal terbang) kita boleh melancung ke seluruh negara Asean kecuali Singapura kerana nilai matawang Singapura sangat tinggi berbanding Malaysia.






TEROWONG TENTERA VIET KONG VIETNAM

Melawat terowong tentera Viet Kong yang di buat secara sangat teliti untuk menentang tentera penjajah Amarika dan Perancis mengingatkan apa yang ada di Kem Rejimen 10 Parti Komunis Malaya di mana system perang gerila yang di gunakan oleh PKM tidak jauh bezanya dengan apa yang telah di gunakan oleh tentera Viet Cong Vietnam sehinggakan Amarika dan Perancis yang mempunyai kecanggihan ketenteraan telah di malukan oleh tentera komunis Vietnam ini.

Melihat kepada system ketenteraan di kem ini adalah tidak menjadi satu kehairanan mengapa tentera sehebat tenetra Amarika dan perancis telah gagal untuk memasuki kem ini sama ada dari udara, darat mahupun dari laut kerana bukan saja kem ini di bina beberapa lapis di bawah tanah malah di sekeliling atau di seluruh kem ini telah di pasang beribu ribu perangkap yang amat sukar di kesan oleh pihak musuh yang bisa menyebabkan kematian sekiranya terjebak dengan perangkap yang telah di pasang ini.

Pendek kata keseluruhan kem ini termasuk terowong terowongnya tidak jauh berbeza dengan apa yang ada di kem Rejimen 10 di Sukhirin, cumanya di Sukhirin ianya hanyalah Cuma tinggal kesan kesan sahaja kerana telah di musnahkan selepas perjanjian damai 1989 manakala di sini terowong terowong ini masih di pelihara dengan baik bagi tujuan pelancungan.

Ini adalah sebahagian video yang aku ambil semasa memasuki terowong tersebut di mana lubangnya sangat kecil dan laluan terowongnya pula terpaksa merangkak (jalan itik) kerana rendah.

Terowong ini menyambung dari satu bilik ke satu bilik yang lain di mana setiap bilik tersebut adalah berbeza pengunaannya dan ianya melibatkan keluasan 240km.

Pengalian terowong ini mengunakan tenaga manusia tanpa sebarang peralatan teknologi jentera telah memakan masa selama 8 tahun iaitu sewaktu berlakunya perang Indochina menentang Perancis.










Click untuk tengok video masuk dalam terowong.. : TEROWONG VIETCONG

Terowong ini terletak di dalam wilayah Saigon merupakan tempat persembunyian, bekalan lojistik, hospital, komunikasi, bengkel senjata dan kediaman yg digunakan oleh gerila Viet Cong dan Tentera komunis Vietnam Utara semasa Perang Vietnam.

Jarak terowong ini ialah sepanjang 121km yang menghubungi dari satu bilik rahsia ke satu bilik rahsia yang lain sehinggalah ke sempadan kemboja di gali mengunakan tangan tanpa bantuan teknologi moden dan mengambil masa selama 25 tahun untuk siap sepenunya.

Petugas yang memberi penerangan kepada pelawat menceritakan terowong ini mempunyai 3 tingkat lapisan yang sangat dalam tetapi untuk pelawat ianya hanyalah di buka tingkat yang atas sahaja di mana terdapat ruang bilik mesyuarat, bilik rawatan, tempat hiburan dan lain lain lagi.

Walaupun terowong ini terletak jauh di dalam tanah namun system udaranya di cipta dengan begitu unit sehinggakan bukan saja orang yang berada di dalam terowong ini tidak merasa panas tetapi ianya terasa udara yang berkisar di dalamnya melalui lubang lubang udara yang terdapat di sini.

Untuk memasuki terowong ini ianya perlu meloloskan diri di satu lubang kecil di permukaan dan daripada permukaan lubang terowong ini kita kan turun melalui tangga lebih kurang 7 kaki ke bawah.

Selepas anak tangga terakhir kita akan menyusur melalui terowong yang setinggi kira kira satu meter dan lebar lebih kurang 700cm serta panjang perlajanan dari lubang masuk hingga ke satu satu tempat yang boleh berdiri ialah sejauh 15 meter.

Untuk pelancungan terdapat 4 terowong yang perlu kita lalui di mana pada setiap terowong itu kita akan berjumpa bilik bilik operasi seperti bilik mesyuarat dan bilik rawatan yang seluas lebih kurang seluas sebuah kontena 10 kaki.

Di bilik ini kita sudah boleh berdiri dan bergerak seperti biasa dan perjalanan melalui 4 terowong sudah cukup memenatkan.

Beginilah kehidupan pejuang pejuang tentera rakyat yang tidak di ceritakan dalam filem Rambo.

Permandangan dari udara Kota Ho Chi Minh City, Vietnam.

Sewaktu kami ke kem besar tentera Viet Cong, perjalanan kami mengunakan bas awam dari bandar Bến Thành Ho Chi Minh memakan masa lebih kurang 1 jam setengah untuk sampai ke stesen bas transik di mana di sana kami perlu menukar bas dan memakan masa lebih kurang hampir 1 jam lagi untuk sampai ke kem tersebut.

Selepas perjalanan lebih kurang 40km barulah kami keluar dari kota yang sangat pesat membangun ini yang pernah musnah satu masa dulu akibat perperangan

Sebenarnya Vietnam sedang jauh meninggalkan kita dalam apa jua bidang termasuk sukan bolasepak.

Click untuk tengok video permadangan dari udara bumi Ho Chi Ming : PANDANGAN UDARA BUMI HO CHI MING


(KOPI SEDAP DI VIETNAM)

Sebelum ini kopi yang paling sedap yang pernah aku minum adalah di Thailand tapi kopi di Vietnam adalah mengatasi semua rasa kopi yang pernah aku minum.

Rupanya Vietnam memang terkenal dengan rasa kopi yang sedap dan oleh kerana ianya terkenal sebagai kopi yang sedap maka di mana mana saja kita berjumpa dengan orang menjual kopi sama ada di tepi tepi jalan, restoran, hotel mahu pun yang menjualnya secara bergerak mengunakan motorsikal.

Campuran bahan bancuhan kopinya adalah lebih kurang seperti di kopi di Thailand tetapi rasanya adalah lebih sedap berbanding rasa kopi yang pernah aku minum di Thailand.

Jika kita membelinya di tepi tepi jalan harga yang di jual ialah berharga 15ribu dong atau RM3.00 Malaysia dan peniaga juga menerima wang Malaysia untuk segelas kopi yang sedap, manakala di restoran harganya lebih sedkit dari harga yang di jual di tepi jalan iaitu 35ribu dong atau RM7.00 wang Malaysia.

Serbuk kopi juga boleh kita beli daripada penjaja mopi bermotorsikal ini dengan harga RM15 sekilogram tapi rasa yang kita buat sendiri tidaklah sesedap dengan rasa yang kita beli di sana.

 Massage Bom Bom

Ketika meronda ronda bandar Ho Chi Minh City, Vietnam di waktu malam kami di dekati oleh orang Vietnam berbasikal mengoncang loceng sambi menyebut "masas bum bum" berulang kali.

Rupanya mereka ini adalah ajen ajen pelacuran yang mencari pelangan terutamanya di kalangan pelancung luar.

Sebenarnya kerajaan Vietnam mengharamkan pelacuran di negara ini, maka tidak ada pusat pusat pelacuran terbuka dan pelacuran terpaksa mengunakan khidmat ajen ejen bergerak ini untuk mencari pelangan dan akan membawa pelangan ke lokasi tertentu untuk perkhidmatan sexs.

Menurut Blog Mazidul Akmar Sidek kebanyakan pelangan akan di tipu oleh sendikit ini sewaktu mengunakan perkhidmatan pelacur ini apabila wang mereka akan di curi dan akan di kenakan bayaran yang tinggi tidak seperti yang di janjikan sewaktu berurusan dengan ajen tadi.

Keterangan Gambar : Yang berbasikal di belakang kami itu adalah ajen pelacuran, nasib baik kami adalah di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh tidak terpedaya dengan hasutan syaitan yang di rejam...



 Penjaja Makanan Di Kota Ho Chi Minh.

Di celah celah kesibukan Kota Ho Chi Minh terdapat beratus ratus peniaga atau penjaja yang menjual berbagai makanan dan cenderahati dan ini adalah sebahagian daripada punca rezeki rakyat Vietnam yang menerima kunjungan ribuan pelancung dari serata dunia setiap hari di kota ini.

Penjaja –penjaja ini masih mengunakan cara tradisi iaitu mengandar bahan jualan ke lokasi lokasi tumpuan orang ramai seperti stesen bas, tempat rekrasi, bangunan bangunan sejarah dan mana saja tempat yang menjadi tumpuan pelancung.

Walaupun terdapat beratus penjaja bergerak tetapi kawasan sekitar adalah bersih dari sampah sarap kesan buangan bungkusan makanan yang mereka jual kerana mereka tidak mempunyai sifat penjaja di Malaysia.

Di sebuah taman rekriasi penjaja penjaja di situ akan menyediakan akhbar akhbar lama untuk di berikan kepada pengunjung yang membeli makanan ringan seperti kacang untuk pengunjung menghimpun kulit kulit kacang di atas kertas dan mudah membuangnya di dalam tong sampah.

Namun begitu ada penjaja penjaja bergerak ini mempunyai sifat tamak dengan menjual barangan mereka dengan harga berlipat kali ganda kepada pelancung seperti sebungkus kacang rebus yang harga betulnya ialah 10ribu dong atau RM2.00 di jual dengan harga 50ribu dong atau RM10.00 manakala buah kelapa muda harga sepatutnya 20ribu dong atau RM4.00 akan di jual dengan harga 50ribu dong atau RM10.00 sebiji.

Walaupun begitu bukan semua penjaja begitu dan peniaga dalam gambar ini adalah peniaga yang baik dengan menjual barangan mereka dengan harga yang betul kepada pelancung malah mereka sangat mesra terhadap pelancung walaupun dalam bahasa pertuturan yang sama sama tidak mengerti.







(Rumah Yang Sama Luas Tapi Tak Sama Tinggi)


Dari udara kita dapat melihat Kota Ho Chi Minh di penuhi dengan bangunan bangunan memenuhi seluruh kota dan kalau kita mengunakan bas untuk keluar dari Kota ini ianya mengambil masa kira kira hampir sejam barulah kita akan berjumpa dengan suasana perkampungan.

Walaupun seluruh kota Ho Chi Minh di penuhi dengan bangunan namun sebenarnya setiap bangunan tersebut hanyalah mempunyai keluasan lebih kurang 15 kaki lebar saja tetapi setiap rumah atau bangunan tersebut mempunyai ketinggian atau beberapa tingkat yang berbeza di antara satu bangunan ke satu bangunan yang lain.

Mungkin kerana Vietnam pernah di tadbir dengan sistem komunisne di mana bagi sistem ini setiap rakyat atau keluarga di kira berhak mempunyai rumah lalu setiap keluarga di beri satu keluasan bidang tanah untuk mereka dirikan rumah.

Di atas sebidang tanah itulah masing masing mendirikan rumah mengikut kemampuan sendiri di mana bagi mereka yang mampu akan menaikkan rumah mereka beberapa tingkat atau menjadikan rumah mereka di atas tanah tersebut sebagai kedai atau perhotelan.

Saiz saiz rumah yang seluas ini juga bukan saja terdapat di Bandar Bandar malah apa yang kami lihat ianya juga terdapat di kampong kampong, cumanya di kampong kampong rumah rumah mereka tidaklah di naikkan beberapa tingkat seperti di Bandar.

KENAPA AWAK BELI BANYAK BAJU INI?




Itulah soalan yang di tanya oleh penjual baju kepada kami bila kami membeli banyak baju merah sabit dan tukul.

Katanya kenapa tak beli baju bintang kerana bintang adalah lambang negara vietnam sedangkan sabit dan tukul adalah lambang parti pemerintah vietnam.

Umpama orang luar tiba tiba datang Malaysia membeli baju logo Barisan Nasional tentu kita rasa pelik sedangkan baju logo dacing tesebut kalau di negara kita bagi free pun orang tak nak pakai tiba tiba ada pelancung datang membeli tentu ianya agak pelik.

Kami tanya balik kepada penjual baju tersebut tahukah kamu logo sabit dan tukul ini bukan saja di gunakan oleh parti pemerintah Vietnam tetapi ianya di guna pakai oleh semua kesatuan komunisme seluruh dunia.

Inilah panji panji internasionale yang tidak ada pada kesatuan atau mana mana parti politik lain kerana selain dari parti komunis mereka hanya berlegar di ruang lingkup sempadan negara mereka sahaja.

Sebab itu logo parti parti politik selain dari logo sabit dan tukul tidak siapa yang sanggup nak beli dan banggakan.

MAKANAN HALAL DI VIETNAM

Nak cari makanan halal di kota Ho Chi Minh taklah susah sebab di sini penuh dengan pelancung muslim dari Malaysia, Singapura dan Indonesia tetapi harga makanan halal 5 kali ganda daripada harga makanan tidak halal di Vietnam.





Kami menjadi pelangan tetap kepada Restoran Kampung Pandan yang di miliki oleh warga Malaysia Mamu Abdul Rahman yang berasal dari Kuala Kubu Baru Selangor kerana inilah satu satunya Restoran mamak yang ada di Bandar Bến Thành Ho Chi Minh.

Bila berbicara tentang politik Malaysia Mamu Abdul Rahman yang sudah lebih 20 tahun berniaga di bumi Komunis ini berkata beliau adalah seorang penyokong Tun Dr Mahathir (Ketika itu belum terjadi krisis pemencatan peminpin tertinggi Umno).

Banyak yang mamu bercerita pasal politik dan ekonomi Malaysia yang merudum teruk sehingga turut menjejaskan perniagaan kerana tukaran matawang Malaysia yang rendah telah menjadikan barangan keperluan naik harga.

Pada satu pagi saya ke restoran ini dengan memakai baju gambar mendiang “Karpal Singh”. Mamu agak terkejut kerana mungkin selama ini beliau menyangkakan saya adalah penyokong kerajaan.

Tapi beliau berkata “ Ini orang banyak bagus, banyak kes besar dia menang tapi kalau di Malaysia jangan pakai ini baju”. Bahaya...

Inilah hakikatnya yang ada pada jiwa rakyat Malaysia tahu akan kebenaran tapi tidak mahu bersama kebenaran kerana ada perasaan takut pada kebenaran,







Ben Thanh Market

Pasar Malam Ben Thanh juga sangat terkenal di kalangan pelancong luar negara. Bukan sahaja ada pelbagai barangan yang dijual di sini, tetapi pilihan barangan yang murah dan boleh tawar menawar.

Sekitar pasar malam ben Thanh ini macam tak banyak berubah. Susunan gerai-gerai menjual kawasan ini hampir sama. Deretan kedai banyak menjual pakaian, t-shirt, beg, kasut, aksesori, makanan, buahan, gerai makanan dan pelbagai lagi barangan yang mungkin tidak ada di Malaysia.

Kalau nak ke sini, ikut sahaja peta menuju ke Ben Thanh Market. Gerai jualan pasar malam berada di sekeliling Ben Thanh Market.

Tips untuk membeli belah di Pasar Malam Ben Thanh mudah sahaja. pastikan korang nak beli barangan tersebut. Tawar harga sehingga 60%. Kalau korang nasib baik, korang dapat. Kalau tidak, mungkin dapat harga sekitar 40% – 50% diskaun. Kalau dah dapat harga murah tu, kena lah beli. Jangan pula main-main tak nak beli. Nanti kena marah dengan penjual.(kenyataan ini aku copy dari satu blog sebab dah malas nak menulis)

Klik untuk video  PASAR MALAM BENT TANH

Sebenarnya banyak tempat yang kami tidak sempat pergi walaupun berada di bumi Vietcong ini selama 5 hari kerana Pyanhabib tidak sihat sejak dari KLIA lagi hinggalah ke hari terakhir kami di sana.

Namun dengan kos RM400.00 yang kami share bersama kami boleh bawa pulang kembali modal dengan menjual baju T lambang komunis yang di tempah oleh kawan2 di facebook.


Kaunter farmasi di tengah2 kota ho Chin Minh, beli ubat untuk Pyanhabib

Roti Vietnam di jual sepanjang jalan di bent Tanh

Menara yang sebijik dengan menara di Petaling jaya


helikopter USA yang di tembak jatuh di muzium perang Ho Chin Minh

Jet Pejuang USA

Tak pasti kereta siapa, mungkin milik Ho Chin Minh semasa menjadi Presiden Vietnam


teksi Vietnam

dalam pejabat pos besar yang di tinggalkan penjajah








Makam Ho Chin Minh


Pintu masuk terowong Chu Chi

Pasar Bent Tanh

Kopi asli


Blackend Is The End

Dyers Eve