To Live Is to Die

free counters

Rabu, 3 Januari 2018

KOMRAD CHIN PENG DALAM KENANGAN (1924-2013)


PROFAIL RINGKAS CHIN PENG

Chin Peng dilahirkan pada 19 Oktober tahun 1924 di Sitiawan, Negeri Perak, Malaya, tanahjajahan British ketika itu. Nama sebenar beliau Ong Boon Hua, anak kedua di keluarganya. Ayahnya mengelolakan sebuah kedai basikal kecil-kecilan.

Beliau belajar sehingga tingkatan 4 sekolah menengah Tionghua, kemudian beralih ke sekolah Inggeris untuk satu masa kerana sekolah menengah Tionghua itu ditutup. Gerakan membantu Tiongkok melawan pencerobohan Jepun yang bermula sejak tahun 1937, akhirnya telah membangkitkan kesedaran politik beliau. Dan beliau berkecimpung aktif di dalam gerakan tersebut.

Beliau menjadi calun anggota Parti Komunis Malaya (PKM) pada bulan Januari tahun 1940. Tak lama kemudian, iaitu pada bulan Julai, beliau terpaksa meninggalkan rumah demi mengelakkan diri dari pemburuan musuh.

Beliau melakukan kerja PKM di kawasan Ipoh dan menjadi anggota rasmi PKM. Beliau turut campur dalam memimpin gerakan pelajar dan kegiatan kesatuan buruh kecil-kecilan, dan kemudiannya bertanggungjawab mengurus pekerjaan di bidang penerangan dan propaganda.

Semasa Perang Pasifik meletus pada Disember tahun 1941, beliau sedang diserang sakit malaria yang teruk dan terpaksa masuk hospital. 8 Disember, tentera Jepun menyerang Malaya. Setelah Jepun menguasai Malaya, beliau ditugaskan memimpin pasukan gerila anti-Jepun di Perak.

Selain itu, beliau menjadi pegawai penghubung PKM dengan Spencer Chapman, wakil pihak Inggeris di kawasan musuh.S e h i n g g a p e r t e n g a h a n tahun 1942, beliau telah menjadi pemimpin politik nombor 3 di Jawatankuasa PKM Wilayah Perak.

Pasukan gerila di Perak ketika itu adalah salah satu pasukan bersenjata PKM yang paling kuat dan paling aktif di seluruh Malaya. Seterusnya, seiring dengan tertangkapnya setiausaha dan timbalan setiausaha Jawatankuasa PKM Wilayah Perak oleh tentera Jepun,beliau dilantik menjadi Setiausaha Jawatankuasa PKM Wilayah Perak kira-kira pada bulan Julai tahun 1943.

Pada paro kedua tahun 1943, beliau sendiri pergi menyambut ketibaan John Davies dan lain-lain anggota Pasukan 136 yang dihantar oleh Britain’s S.E. Asia Command untuk mendarat di Malaya dengan kapal selam. Dia telah mengurus secara langsung peralihan personil-personil dan kelengkapan mereka ke pendalaman, di samping itu juga memberikan perlindungan dan pembekalan. Beliau telah mengatur sendiri Perundingan Blantan antara pihak British dengan PKM pada Disember 1943. Dalam perundingan itu, pihak British bersetuju membekalkan senjata, peluru, matawang dan latihan tentera..

Tak berapa lama selepas Jepun menyerah kalah, iaitu pada September tahun 1945, beliau dilantik sebagai salah seorang daripada 5 orang anggota Jawatankuasa Pusat Sementara PKM (kemudiannya diubah nama menjadi Politbiro Pusat PKM).

Pada Disember tahun 1945, beliau berkahwin dengan Lee Khoon Wah, anggota PKM yang berasal dari Pulau Pinang. Pada Oktober tahun 1946, beliau tinggal di rumah mak mentua beliau di Pulau Pinang bersama-sama isteri dan anak perempuan mereka yang baru lahir.

Dan justeru pada bulan Oktober tahun 1946 itu, di Pulau Pinang, beliau menemui Yeung Kuo, juga salah seorang daripada 5 orang anggota Politbiro Pusat. Mereka saling mengutarakan rasa curiga yang kuat terhadap Setiausaha Agong, Lai Te. Mereka mensyaki Lai Te adalah intelejen Jepun dan British.

Lalu mereka memutuskan untuk mendedahkan pengkhianat Lai Te. Dua bulan kemudian, mereka mengemukakan kecurigaan mereka itu di sidang jawatankuasa pusat. Akhirnya, pada Januari tahun 1947, Lai Te melarikan diri sambil membawa sejumlah besar dana PKM.

Chin Peng memimpin sendiri penyiasatan terhadap Lai Te. Bukti-bukti pengkhianatan Lai Te terdedah. Beliau telah mengemukakan laporan siasatan kepada Jawatankuasa Pusat PKM pada 6 Mac tahun 1947. Di persidangan itu, Chin Peng yang berusia tidak sampai 23 tahun dipilih sebagai Setiausaha Agong PKM.

Beberapa bulan kemudian, di bawah bantuan kaum komunis Vietnam dan Thailand di Bangkok, Chin Peng berjaya mengesan Lai Te. Pengkhianat ini kemudiannya dibasmi oleh orang komunis Thailand. Satu laporan melaporkan bahawa seorang pegawai tinggi Cawangan Khas British pernah terbang ke Bangkok untuk menghubungi pengkhianat itu, tapi tidak berjaya

6 Mac tahun 1947. Di persidangan itu, Chin Peng yang berusia tidak sampai 23 tahun dipilih sebagai Setiausaha Agong PKM. Beberapa bulan kemudian, di bawah bantuan kaum komunis Vietnam dan Thailand di Bangkok, Chin Peng berjaya mengesan Lai Te.

Pengkhianat ini kemudiannya dibasmi oleh orang komunis Thailand. Satu laporan melaporkan bahawa seorang pegawai tinggi Cawangan Khas British pernah terbang ke Bangkok untuk menghubungi pengkhianat itu, tapi tidak berjaya.

Bulan Ogos tahun 1947, Chin Peng dan Khoon Wah dikurniakan seorang anak laki-laki. Chin Peng sempat balik rumah menghadiri upacara cukup sebulan anaknya. Pada masa ini, beliau diberitahu memperolehi penghargaan pingat OBE dari pihak British.

Dalam beberapa tahun pertama setelah Perang Dunia, PKM yang setengah legal boleh dikatakan telah mendominasi semua kesatuan buruh dan mampu mempengaruhi banyak pertubuhan yang lain. PKM telah mengorganais banyak tindakan perusahaan dan hartal.
Menanti kehadiran rombongan Tengku Abdul Rahman semasa rundingan Baling.
Bagaimanapun, pihak penjajah British langsung tidak menghiraukan tuntutan mereka, malah terus memperhebat penindasannya. Penjajah British bahkan cuba merangka undang-undang yang menyekat hak kesatuan buruh, dan selanjutnya cuba mengharamkan PKM. Maka pada bulan Mac tahun 1948, Jawatankuasa Pusat PKM pimpinan Chin Peng memutuskan untuk melakukan persiapan ke arah perjuangan bersenjata yang akhirnya pasti akan meletus.

Bulan Jun tahun 1948, pihak penjajah British mengisytiharkan Undang undang Darurat di seluruh Malaya, mengharamkan PKM dan seterusnya melakukan penangkapan besar-besaran di seluruh Malaya. PKM terpaksa mengangkat senjata melancarkan perjuangan bersenjata. Pada pertengahan 16 Jun, beliau nyaris tertangkap di Kampar. Pada pertengahan Ogos, beliau sekali lagi menghadapi mara bahaya semasa bermesyuarat di Ayer Kuning.

British telah mengerahkan 41 batalion dengan jumlah ratusan ribu askar untuk memerangi 5,000 orang kekuatan pasukan gerila PKM. Rancangan Brigs yang dilaksanakan sejak paro kedua tahun 1950 telah memindah paksa 500,000 orang lebih penduduk luar bandar ke dalam “kampung baru” yang dikelilingi oleh kawat berduri, dipetrol polis dan diawasi 24 jam setiap hari.

Sistem catuan bahan makanan yang semakin ketat telah mendatangkan kesulitan yang bertubi-tubi kepada pasukan gerila.

Sehingga penghujung tahun 1953, markas agong Chin Peng telah dialih ke kawasan Betong yang terletak di sempadan Thai- Malaya. Perundingan Baling telah dilangsungkan pada Disember tahun 1955 antara PKM yang diwakili Chin Peng, Rashid Maidin dan Chen Tien di satu pihak dengan Tunku Abdul Rahman dan lainlain di pihak yang lain.

Perundingan itu gagal mencapai penyelesaian damai. Akan tetapi, perundingan itu telah menyumbangkan sumbangannya kepada kemerdekaan Malaya. Bulan Disember tahun 1960, Chin Peng menjelajahi Thailand dan Laos dan sampai di Hanoi pada April 1961.

Di sana, beliau telah menemui Ho Chi Minh. Selain itu, beliau juga menemui Le Duan dan lain-lain pemimpin parti Vietnam Utara. Awal Jun 1961, beliau terbang ke Beijing, lalu menemui Deng Xiao Ping. 3 bulan kemudiannya, beliau dijemput ke Moscow untuk menghadiri kongres parti Soviet dan perarakan ulangtahun ke-44 Revolusi Bolshevik 1917 di Dataran Merah.

Semasa melawat Vietnam buat kali kedua, beliau telah mengemukakan tuntutan untuk membantu PKM mendirikan stesyen radio di Vietnam dengan kelengkapan-kelengkapan yang dibekalkan pihak China. Pihak Vietnam bersetuju menerima permintaan tersebut. Bagaimanapun, rancangan tersebut gagal kerana pihak China keberatan berbuat demikian...

Chin Peng telah 2 kali menemui Mao Zedong, masing-masing pada Mac 1965 dan Januari 1967. Dalam perjumpaan kali kedua, pihak China akhirnya bersetuju membekalkan kelengkapan stesyen radio kepada PKM.

Radio Suara Revolusi Malaya yang terletak di Provinsi Hunan mulai berkumandang di Di Perundingan Baling. At Baling Talks.udara sejak November 1969 dan ditamatkan pada 30 Jun 1981.

Akan tetapi, pada pagi esoknya, radio Suara Demokrasipula memancarkan siarannya dari kawasan sempadan Thai-Malaysia.

Setelah melancarkan perjuangan bersenjata selama 40 tahun lebih, PKM akhirnya mengadakan perundingan 3 pihak dengan kerajaan Malaysia dan Thailand pada tahun 1989. Pada Oktober tahun 1989, Chin Peng terbang ke Bangkok untuk menyertai pusingan terakhir rundingan damai.

Pada 2 Disember 1989, Persetujuan Damai 3 pihak antara PKM dengan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Thailand ditandatangani di Hadyai. Pada tahun-tahun berikutnya, Chin Peng menumpukan perhatiannya dalam mengenalpasti pelaksanaan penuh Persetujuan Damai, terutamanya pada masalah bekas-bekas gerilawan-gerilawati yang memilih bermastautin di Malaysia.

Sebelum itu, beliau berjaya menyelesaikan pemulihan nama kebanyakan mereka yang korban dalam kempen pembersihan kaum kontrarevolusioner yang dilakukan pada tahun-tahun 1970-an. Mereka yang dipulihkan nama diakui sebagai kesatria dan keluarganya diberikan pampasan.

Chin Peng sendiri pernah mengemukan permohonan balik ke Malaysia mengikut Perjanjian Damai. Akan tetapi, permohonan beliau ditolak. Akhirnya, beliau terpaksa mengemukakan rayuan ke mahkamah dan menuntut Kerajaan Malaysia mematuhi Perjanjian Damai. Tapi kes rayuan beliau juga sentiasa ditolak oleh pihak mahkamah atas alasan-alasan teknikal yang amat lemah.

Hasrat terakhir beliau untuk menziarahi pusara orang tua beliau di Sitiawan tidak pernah terkabul. Pada 30 November tahun 2009, Chin Peng telah membuat ucapan di depan Perhimpunan Perayaan Ulta Ke 20 Persetujuan Damai Hadyai.

Perhimpunan ini disertai oleh ramai bekas-bekas kawan seperjuangannya, antaranya termasuk Abdullah CD, Pengerusi PKM dan disiarkan secara luas Di Vietnam oleh pihak media.

Chin Peng menunjukkan wajah terakhirnya di khalayak ramai pada sekitar Ogos 2010, apabila beliau melawat bekas kawan-kawan seperjuangannya di kampung-kampung perdamaian yang terletak di Selatan Thailand.

Chin Peng menghembuskan nafas terakhirnya secara tenang ditemani para saudara-mara beliau di Bangkok, pada 16hb September 2013, pukul 6.20 pagi (waktu Malaysia 7.20 pagi).

Tamat.

Blackend Is The End

Dyers Eve