To Live Is to Die

free counters

Isnin, 22 Januari 2018

PERMATANG PAUH BERSAUDARA


Dari kiri : Suhaimi Sabudin, Abu Bakar, Ajis Abdul, Nasoruddin, Dato Zaidi dan ....

Persaingan di antara parti PKR/Pakatan Harapan dengan Umno/BN di Permatang Pauh sebenarnya tidaklah sepanas persaingan untuk mencari ruang menjadi calon di 3 kerusi Dun iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti.

Bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh pula berlaku laluan selesa di antara kedua calon parti ini kerana di pihak Umno nama ketua bahagian Datuk Mohd Zaidi Mohd Said sudah pasti tidak ada saingan sesama sendiri lagi dan di pihak PKR pula sama ada calonnya ialah Dato Seri Dr Wan Azizah atau pun Nurul Izzah ianya tidak akan menjadi duri kepada parti tersebut atas faktor keluarga Dato Seri Anwar Ibrahim.

Persaingan sebenar pada waktu ini adalah sesama sendiri di dalam parti samaada dari dalam parti Umno dan di dalam parti PKR itu sendiri kecuali di Dun Permatang Pasir apabila wakil PH iaitu Amanah sudah pun menamakan anak kepada bekas Presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor sebagai calon parti tersebut di situ.

Penanti.

PKR di katakan masih mengekalkan nama adun Penanti Dr Norlela Ariffin di senarai pertama bakal calon walaupun Dr Norlela mempunyai rekod kontrovesi dalaman apabila bertindak luar kawalan parti dan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh di katakan di senaraikan di tempat kedua sebagai bakal calon, sementara ada ura-ura bekas akyivis pelajar saudara Fahmi Zainol juga antara yang di senaraikan di kerusi ini.

Adakah sekiranya Dr Norlela menarik diri PKR bersedia untuk mempetaruhkan saudara Amir selaku ketua cabang dan anak tempatan yang cukup di kenali di Permatang Pauh atau akan memberi ruang kepada calon anak muda yang masih belum teruji dalam sepak terajang politik Permatang Pauh saudara Fahmi Zainol.

Saya berpandangan calon yang paling sesuai sekiranya Dr Norlela digugurkan atau menarik diri ialah saudara Amir Hj Ghazali atas faktor bukan saja di kenali oleh penduduk Penanti malah beliau merupakan anak jati penanti yang mempunyai keluarga di hormati dan kawan-kawan lama di Penanti dari zaman kana-kanak hingga ke hari ini.

Manakala di pihak Umno pula antara nama yang di dengari dalam senarai calon ialah bekas calon Permatang Pauh dan setiausaha Umno Permatang Pauh, Suhaimi Sabudin dan saya tidak pasti siapa lagi antara di senaraikan selain daripada saudara Suhaimi tetapi dari hujung-hujung telinga di katakan Naib Ketua Bahagian saudara Ajis Abdul juga antara yang telah di senaraikan di kerusi ini.

Namun saudara Ajis di katakan tidak berminat untuk bertanding di kerusi Penanti kerana lebih suka dan menumpukan gerak kerja di Seberang Jaya.

Permatang Pasir.

Kerusi Permatang Pasir adalah satu-satunya kerusi yang Umno gagal di setiap kali pilihanraya sejak 1999 walaupun Pas hampir kalah dalam PRU 2004 namun di selamatkan oleh pengundi hantu yang di bawa oleh Pas ke sini.

Pakatan Harapan sudah pasti menyerahkan kerusi ini kepada parti Amanah untuk merampas kerusi ini dari tangan Pas yang kini mula mesra Umno dan menurut sumber part Amanah akan sudah pasti meletakkan saudara Faiz Fadzil anak kepada bekas Presiden Pas sebagai calon.

Di pihak Umno pula bekas calon BN di sini dalam PRU yang lalu, saudara Anuar Faisal di katakan akan di pertaruhkan sekali lagi di samping beberapa nama lain seperti Cikgu Hassan dan Naib Ketua Bahagian saudara Ajis Abdul.

Namun seperti di Penanti saudara Ajis Abdul juga di katakan tidak berminat dengan Permatang Pasir dan ini menjadikan laluan saudara Anuar Faisal untuk menjadi calon akan bersaing sengit dengan cikgu Hassan yang turut berminat untuk tidak melepaskan peluang selepas terlepas peluang dalam beberapa pilihanraya yang lalu untuk menjadi calon dan kedua-dua mereka ini di katakan menpunyai keluarga besar dalam parti Pas yang akan membantu menarik undi penyokong Pas kepada BN.

Seberang Jaya.

Umno melihat Seberang Jaya adalah potensi yang besar untuk di menangi berbanding Permatang Pasir dan Penanti selepas hilang kerusi tersebut pada PRU yang lalu kepada PKR di mana dalam PRU1999, 2004 dan 2008 PKR gagal untuk merampasnya dari BN.

Mungkin atas faktor tersebut kerusi Seberang Jaya adalah kerusi yang paling panas yang sedang di perjuangkan oleh bakal-bakal calon yang telah di senaraikan untuk kerusi ini.

Saudara Abu Bakar merangkap ketua pemuda Umno bahagian jika di lihat melalui facebook peribadinya setiap hari turun ke lapangan bertemu dengan penduduk Seberang Jaya sebagai usaha memperkenalkan dirinya sebagai bakal calon BN.

Anak kepada bekas tokoh Umno yang pernah menjadi kontrovesi sebelum PRU1999 apabila memprotes agihan kek kerajaan negeri yang di lihat lebih kepada parti Gerakan dengan mengoyak gambar rasmi Koh Tsu Kon sebagai ketua menteri pada ketika itu yang kemudianya telah di pecat daripada Umno dan beliau juga di lihat sebagai calon pilihan ketua bahagian Datuk Mohd Zaidi said berbanding calon-calon yang lain.

Seperti yang di perkatakan di atas seorang lagi bakal calon yang turut di namakan di Penanti dan Permatang Pasir saudara Ajis Abdul yang juga naib ketua umno bahagian Permatang Pauh turut menaruh minta terhadap kerusi ini dan menjadikan persaingan untuk merebut kerusi ini lebih menarik di antara sesama Umno.

Saudara Ajis di katakan lebih di kenali oleh warga Seberang Jaya berbanding dengan saudara Abu Bakar namun di lihat lebih kepada bekerja solo tanpa team Zaidi sewaktu turun ke lapangan untuk bertemu rakyat berbanding saudara Abu Bakar yang banyak mengikuti program ketua bahagian dan Team Zaidi.

Sama ada saudara Abu Bakar atau saudara Ajis yang akan terpilih sebagai calon BN di Seberang Jaya ianya sudah pasti akan mendatangkan natijah yang tidak baik kepada Umno kerana masing-masing mempunyai pengikut yang tersendiri kerana sudah banyak wang di habiskan untuk turun berkempen di Seberang Jaya.

Bagi PKR pula penyandang kerusi ini mungkin sekali lagi akan di letakan sebagai calon walaupun ada ura-ura akan ke Selangor bersama bossnya Azmin Ali.

Walaubagaimana pun saya bersyukur kerana saya bukan pengundi Seberang Jaya dan sudah pasti tidak akan serba salah untuk mengundi di antara calon PKR Dr Afif atau saudara Ajis/Abu Bakar kerana mereka semua adalah kawan yang baik.

Yang pastinya saya dan keluarga akan memberi undi kepada Amanah di Permatang Pasir.


PERMATANG PAUH BERSAUDARA : Datuk Mohd Zaidi Vs Nurul Izah.

Jika di lihat daripada kekerapan Nurul Izzah Anwar turun ke PermatangPauh sejak kebelakangan ini ianya sudah boleh di ambil kira bahawa PKR sudah hampir pasti meletakkan beliau sebagai calon Pakatan Harapan di PermatangPauh untuk mengantikan ibunya Dato Seri Dr Wan Azizah.

Bagi pihak Umno pula, Datuk Mohd Zaidi selaku ketua bahagian Umno Permatang Pauh pula di lihat sebagai satu-satunya calon tunggal yang di harapkan untuk merampas kembali Permatang Pauh dari pembangkang sejak 1999.

Sejarah politik Permatang Pauh agak istimewa kerana ianya bukan saja pernah di menangi oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat malah sebelum itu parti pembangkang lain seperti Gerakan dan Pas juga pernah mengusai kerusi ini pada tahun 1969 (Gerakan) dan 1978 (Pas).

Mana-mana parti pun tidak boleh mengaku Permatang Pauh adalah kubu mereka kerana sejak pilihanraya 1982 hinggalah ke hari ini Permatang Pauh adalah kubu Dato Seri Anwar Ibrahim.

Legasi Anwar Ibrahim di Permatang Pauh bukan bermula dari Anwar itu sendiri malah ianya sejak daripada pilihanraya pertama 1959 apabila bapanya Allahyarham Dato Ibrahim Abdul Rahman menang di sini sebagai ahli parlimen pertama Permatang Pauh. (Ketika itu di kenali dengan nama Parlimen Seberang Tengah).

Namun begitu kalau di lihat daripada kerja kuat Datuk Mohd Zaidi dan teamnya di Permatang Pauh, ianya bukan lagi sekadar hanya untuk masuk bertanding tetapi Umno di lihat sangat berkeyakinan untuk melakar sejarah di Permatang Pauh.

Persaingan di Permatang Pauh walaupun akan berlaku 3 penjuru namun ianya tetap hanya di antara Barisan Nasional(UMNO) dan Pakatan Harapan(PKR) sahaja.

Makanya mampukah Datuk Mohd Zaidi Mohd Said merampas Permatang Pauh dan berupayakah Nurul Izzah Anwar mempertahankan legasi Ibrahim di Permatang Pauh?

Yang lebih istimewanya di Permatang Pauh walau sehebat mana pun persaingan politik antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan tetapi tidak ada permusuhan kerana politik di antara penyokong parti masing-masing kecuali dari parti Pas yang mengamalkan politik maki hamun dan kebencian.

Permatang Pauh Tetap Bersaudara.

Blackend Is The End

Dyers Eve