To Live Is to Die

free counters

Khamis, 25 Januari 2018

SELAMAT TINGGAL YEH SEKUPANG!



Saya terkedu apabila membaca berita tentang kematian Rab Khalid pagi tadi dari sumber facebook nanmun apabila saya membuka facebook beliau ada pula kenyataan bahawa Rab Khalid masih dalam keadaan kritikal akibat serangan jantung bukan telah meninggal dunia seperti yang di laporkan oleh pemberita facebook.

Sehinggalah petang ini saya pasti berita kehilangan Rab Khalid adalah sahih apabila ianya di keluarkan sendiri oleh rakan segandingan Rab Khalid di dalam filem-filem Mamat Khalid iaitu Mohd Sharwani Hamad Hadi.

Nama Yeh Sekupang bermula dari satu watak kecilnya sebagai seorang kontraktor bankrup yang pulang ke kampung di dalam filem "Husin, Mon dan Jin Pakai Tocit" iaitu kesinambungan filem "Zombi Kampung Pisang" dan "Hantu Kak Limah Balik Rumah".

Selepas dari itu nama Yeh Sekupang terus di guna pakai oleh Mamat Khalid untuk filem-filem yang di lakoni oleh Rab Khalid dan di beri peranan watak utama di dalam filem "Rumah Pusaka Di Simpang Jalan"

Istimewanya Yeh Sekupang ialah beliau seorang pelakon yang mampu membawa watak orang kampung dengan gaya, cara berpakaian dan percakapan orang kampung dengan loghat utara asli di tengah-tengah kumpulan masyarakat yang bercakap loghat Perak.

Kalau anda perasan semua babak yang di lakonkan oleh Rab Khalid adalah beliau menghisap rokok dan lebih menariknya gaya Rab Khalid memegang rokok betul-betul gaya orang kampung yang suka bersembang besar.

Yeh Sekupang adalah satu contoh yang di bawa oleh Mamat Khalid dalam filemnya tentang mereka yang suka bercakap besar di dalam masyarakat kampung.

Kehilangan Yeh Sekupang atau Rab Khalid adalah satu kehilangan besar kepada produk yang di keluarkan oleh Mamat Khalid di mana sebelum ini telah perginya juga gandingan mantap untuk filem Mamat Khalid seperti Zami Ismail, Azuan Anuar dan Pak Man Kadir.

Semoga di ampunkan segala salah silap semasa hayatnya dan di kira sebagai pahala atas semua amal baiknya di atas dunia.

Pergilah seperti apa yang telah di janjilah Ilahi.


Blackend Is The End

Dyers Eve