To Live Is to Die

free counters

Isnin, 5 Februari 2018

BAYAR RM250.00 TIKET KONSERT METAL LAGEND XPDC CROMOK UNTUK DUDUK DALAM KANDANG BABI?



Dianggarkan lebih 6,000 keping tiket konsert Metal Legend yang menampilkan dua band lagenda tanahair iaitu XPDC dan Cromok telah berjaya dijual sejak dari tahun lepas dengan promosi besar-besaran oleh pihak penganjur dan dibantu penuh oleh page XPDC Kita Peng-Yu dan kumpulan XPDC dan Cromok itu sendiri.

Dengan menjanjikan setinggi serba-serbi kehebatan tentang konsert ini dengan berbagai janji seperti sound system yang berharga RM400,000 yang katanya belum pernah ada lagi mana-mana konsert tempatan yang menggunakan perkhidmatan sound system ini, alhamdulillah kehadiran peminat pada konsert ini sama ramai dengan ceramah politik yang dihadiri oleh Tun Dr Mahathir.

Peminat yang hadir dengan penuh harapan akan kehebatan konsert ini bukan telah mula memenuhi luar kawasan konsert sejak pagi lagi dari seluruh negara termasuk dari Sabah dan Sarawak dengan berbagai acara panas badan seperti jamming dan busking di hadapan pintu masuk kawasan konsert.

Ruang VIP sahaja dianggarkan telah dipenuhi hampir 300 peminat yang membeli tiket dengan harga RM250, ruang tengah berhadapan dengan pentas pula di anggarkan dipenuhi dengan lebih 2,000 peminat dengan harga tiket RM120.00 dan ruang kiri dan kanan pentas juga dianggarkan lebih 4,000 penonton dengan harga tiket RM68.
Antara runggutan pemilik tiket VIP yang di layan macam babi.

Jika dianggarkan, 1,000 orang yang masuk percuma dari jumlah tersebut penganjur sudah boleh tidur lena dengan kutipan tersebut kerana sudah pasti konsert ini yang menelan belanja ratusan ribu ringgit telah mampu mengaut untung dengan jumlah kutipan tiket tersebut.

Namun apa yang diharapkan tidak seperti yang dijanjikan oleh pihak penganjur terutamanya kepada mereka yang membeli tiket VIP hancur musnah sama sekali kerana pihak penganjur telah mungkir janji dengan berbagai kelebihan kepada pembeli tiket VIP.

Mungkin pembeli tiket VIP mula rasa teruja sebaik saja masuk ke kawasan konsert ini kerana diberikan lot parking khas tetapi keterujaan awal bukan bermakna akan terus teruja apabila sebenarnya tidak ada satu pun yang di janjikan oleh pihak penganjur kepada pembeli tiket VIP ditunaikan oleh pihak penganjur.

1- Pemilik tiket VIP akan masuk sejam lebih awal ke tempat konsert tapi hakikatnya pihak keselamatan di pintu masuk pertama pun tidak tahu menahu tentang hal tersebut apabila diajukan soalan.

Bila masuk di pintu masuk ruang VIP pun bila ditanya tentang hal tersebut juga tidak boleh beri jawapan melainkan meminta penonton masuk ke kandang babi yang mereka katakan ruang VIP dan menunggu arahan.

Tunggu punya tunggu di kandang babi yang disediakan dengan katanya kerusi VIP rumah kenduri dari cerah sehinggalah pukul 9, peminat terus hampa begitu saja.
Mungkin ini yang di maksudkan BACKSTAGE oleh pihak penganjur.


2- Acara backstage peminat dengan XPDC dan Cromok yang dijanjikan untuk pembeli tiket VIP juga pembohongan semata-mata.

3- Penganjur juga menjanjikan minuman dan makanan ringan kepada pembeli tiket VIP tetapi setitis air pun tak ada.

4- Ruang tiket VIP yang macam kandang babi terletak jauh kebelakang dari pada tiket RM120.00 dan RM68.00 dan yang paling celaka kerusi diatur atas jalan bukannya di atas tempat yang tinggi dan sudah pastilah terlindung pandangan pentas dengan mereka yang berdiri dari depan pentas hingga ke depan ruang VIP.
Beli tiket awal melalui online sebab support XPDC dan Cromok tapi tak sangka penganjur penipu.

Penonton bukan komplen pasal kerusi plastik tetapi cara pihak penganjur mengatur kerusi plastik macam mengantur kerusi ceramah politik dan sudah pasti terlindung pandangan pentas dengan orang yang berdiri di ruang thrash zone.

5- Pemilik tiket VIP boleh masuk ke mana-mana ruang tapi tidak disediakan dengan Pass dan terpaksalah keluarkan tiket untuk tunjuk kepada pihak pengawal pintu masuk setiap kali hendak keluar masuk dari satu ruang ke satu ruang.

Bukan saja pembeli tiket VIP ditipu dengan berbagai janji malah pihak penganjur juga berbohong dengan katanya system bunyi konsert ini adalah yang paling power dalam sejarah konsert di Malaysia.
Sakit jantung darah tinggi di larang berada di kawasan Thrash zone temberang pihak penganjur.

1- Bunyi tidaklah sehebat mana dan rasanya sistem bunyi konsert Rockstage lebih power dari sistem bunyi konsert semalam yang katanya berharga ratusan ribu ringgit padahal berdiri di depan pentas sekali pun tidak ada lansung merasakan kehebatan bunyinya yang pihak organiser kata orang yang mengidap sakit jantung di larang berada di depan pembesar suara..

2- Gimik awal Cromok dengan lagu asli Ulit Mayang tiba-tiba terpaksa dihentikan kerana masalah teknikal yang membuat Miji Cromok yang sudah memulakan pukulan drum lagu Misty dapat dilihat rasa kecewanya atas kegagalan pihak jurutera bunyi konsert tersebut.

3- Beberapa kali suara microphone Mael dan Sam terganggu hingga tidak mengeluarkan suara tanpa disedari oleh pihak jurutera bunyi. Ini yang dikatakan system bunyi paling hebat oleh pihak organiser.

Walaupun begitu XPDC dan Cromok tidak menghampakan kerana memberi persembahan bertenaga di atas pentas terutamanya Sam Cromok yang paling hebat beraksi pada malam semalam..



Orang bertanya tentang Mael dan saya katakan Mael sentiasa hebat walaupun beliau sendiri mengaku pada peminat malam semalam bahawa beliau hampir pancit atas faktor usianya namun tetap memberi persembahan yang terbaik dengan suara Mael yang dulu dan XPDC itu adalah Mael (Mohon Ali sedar diri).

Satu lagi peristiwa yang tidak sepatutnya berlaku ialah apabila nombor cabutan bertuah yang kedua mempunyai nombor siri yang sama tetapi walaupun satu nombor adalah atas tiket “Jemputan Khas” namun sudah pasti ianya akan mengecewakan pemegang nombor siri yang sama yang turut sama tampil ke pentas.

Sepatutnya tiket jemputan khas tak perlu dicabut kerana ianya sudah pasti adalah mereka yang dapat tiket percuma sedangkan orang lain pula membayarnya.

Tanpa menafikan kejayaan konsert ini namun sikap sambil lewa pihak penganjur sepatutnya tidak berlaku apatah lagi kepada peminat yang menyokong penuh konsert ini dengan sanggup datang dari jauh dan membeli tiket dengan harga tinggi tetapi mendapat layanan yang sangat teruk.

Bagi saya kejayaan konsert ini adalah kerana usaha kuat XPDC dalam mempromosikan jualan tiket disamping sokongan dari peminat Cromok yang sudah lama dahagakan konsert live Cromok dan Cromok tidak mengecewakan.

Makanya konsert Cromok yang di katakan akan diadakan di Johor Bahru pada bulan 5 ini saya cadangkan kepada semua peminat Cromok jangan membeli tiket VIP jika ada kerana anda pasti akan kecewa dikencing oleh penganjur bak anjing kurap buat macam babi.

Blackend Is The End

Dyers Eve