To Live Is to Die

free counters

Ahad, 18 Februari 2018

DULU KONG HI FAT CHOI HARI INI GONG XI FA CHAI


Penulis sejak darjah 1 hingga tingkatan 5 bersekolah bersama2 dengan kaum cina dan india. dan kami bersaudara.
Zaman kanak-kanak dulu jika datangnya sambutan tahun baru cina, orang ramai di kalangan pengguna mula resah kerana barang bekalan teruatamanya makanan akan terputus kerana pada ketika itu selain daripada kedai-kedai runcit dan pembekal adalah dari kalangan orang cina, pada masa itu juga tidak ada Hypermarket seperti hari ini untuk pengguna mendapatkan bekalan bahan masakkan.

Walaupun di kampung-kampung terdapat kedai runcit melayu tetapi oleh kerana kedai runcit melayu pun mendapat bekalan dari pembekal cina maka kedai runcit melayu pun terpaksa di tutup pada hari perayaan tahun baru cina.

Ada juga yang berkata makin hampr dengan perayaan tahun baru cina, rompakan dan samun akan berleluasa kerana orang cina perlukan banyak duit untuk menyambut tahun baru cina.

Hari ini perkara tersebut sudah berlalu kerana orang melayu kini bukan saja mempunyai kedai runcit di kampung-kampung malah orang melayu juga sudah banyak membuka mini-mini market di tambah lagi dengan tumbuhnya hyper-hypermarket di serata bandar.

Itu cerita 30 tahun dulu, cerita sewaktu kami di Pulau Pinang yang hidup bermasyarakat majmuk yang di kelilingi oleh berbagai kaum dan pada masa itu Gong Xi Fa Chai di sebut dengan Kong Hi Fat Choi.

Hari ini saya terbaca satu tulisan yang di tulis oleh sahabat saya seorang berbangsa cina tentang "Gong Xi Fa Chai" dan saya kongsikan tulisannya di dalam blog ini tentang maksud "Gong Xi Gong Xi.

...............................................................................................................................
Tahukah anda lagu Tahun Baru Cina yang popular "Gong Xi Gong Xi" (bermaksud "Tahniah Tahniah") sebenarnya BUKAN sekadar untuk menyambut Tahun Baru Cina"?

Lagu ini diterbitkan pada tahun 1946, iaitu Tahun Baru Cina yang pertama selepas tamatnya Perang Dunia II. Lagu ini didedikasi untuk memperingati mereka yang terkorban dalam Perang yang berpanjangan dan bersyukur untuk mereka yang dapat hidup selepas Perang. "Gong Xi" dalam lagu ni tiada kaitan langsung dengan "Fa Cai" (dapat kekayaan lumayan), tetapi Gong Xi atas sebab dapat hidup (survive) dan bangkit semula daripada kehancuran peperangan. Oleh itu, lirik lagu ni mengandungi perasaan yang kompleks, kegembiraan dalam kesedihan, dan juga mengandungi sentimen atau suasana yang berharap untuk sesuatu yang lebih baik selepas melalui perkara yang amat dahsyat.

Chon Kai adalah seorang aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan anak jati Pulau Pinang.
Lirik dalam verse pertamanya berbunyi,

"Setiap jalan dan lorong, dalam mulut setiap orang, apabila bertemu, ayat yang pertama dilafazkan adalah Gong Xi Gong Xi." Menggambarkan suasana harapan untuk tamatnya Perang sekian lama sudah tercapai.

Verse yang seterusnya berbunyi,

"Musim sejuk dah sampai penghujungnya, semestinya berita yang baik; angin musim bunga yang hangat, akan membangunkan bumi."

"Salji yang tebal akhirnya melebur, disaksikan pokok akhirnya berbunga; malam berpanjangan sudah berlalu, kedengaran bunyi ayam berkokok."

"Selepas mengharungi betapa banyaknya kesusahan, selepas mengalami betapa banyaknya dugaan; betapa sungguhnya berharap, mengharapkan berita musim bunga."

Sangat mengharukan dan menyentuh hati kan?

Versi asal lagu "Gong Xi Gong Xi" boleh dengar di sini:
https://youtu.be/qZoq2C-unQI

Blackend Is The End

Dyers Eve