To Live Is to Die

free counters

Rabu, 7 Februari 2018

SEJARAH PILIHANRAYA PARLIMEN PERMATANG PAUH1959-2013



CERITA PARLIMEN PERMATANG PAUH

Tahukah anda nama asal parlimen Permatang Pauh ialah Parlimen Seberang Tengah di mana ianya melibatkan sebahagian Parlimen Tasek Gelugor, Permatang Pauh dan Bukit Mertajam pada hari ini.

Parti Gerakan yang baru saja tidak sampai setahun di tubuhkan pada ketika itu telah berjaya memenangi kerusi parlimen ini dalam pilihanraya umum 1969 dan akibat dari kekalahan mengejut Umno di parlimen majority Melayu ini kepada parti Gerakan maka dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya parlimen Seberang Tengah ini telah telah di pecahkan menjadi dua iaitu parlimen Permatang Pauh dan Bukit Mertajam di mana pecahan kaum di buat megikut parlimen iaitu Permatang Pauh dari kalangan pengundi majority Melayu untuk Umno dan Bukit Mertajam dari kalangan pengundi cina di serahkan kepada MCA.

Terdapat 3 Dun di dalam parlimen Permatang Pauh selepas persempadanan semula ini iaitu Dun Sungai Dua (kini dalam parlimen Tasek Gelugor), Dun Penanti dan Dun Kubang Semang (kini Dun Permatang Pasir)

Parlimen Bukit Mertajam pula telah membentuk dua Dun iaitu Dun Machang Bubuk dan Dun Bukit Tengah di mana majority pengundi di alam parlimen ini ialah dari kalangan kaum cina.

Pada pilihanraya tahun 1974 selepas Perikatan bertukar kepada Barisan Nasional di mana pada tahun tersebut Parti Pas telah menyertai Barisan Nasional sebuah kerusi Dun iaitu Dun Sungai Dua telah di berikan kepada Pas manakalah parlimen dan dua Dun yang lain di ambil oleh Umno dan Barisan Nasional telah berjaya merampas semula Permatang Pauh daripada parti Gerakan.

Gambar Program Taklimat Pilihanraya DUN Sungai Dua oleh Presiden ABIM, Anwar Ibrahim bersama YB. Mohd Shariff Omar di Sekolah Kebangsaan Permatang Buloh pada tahun 1979 ini di ambil selepas pilihanraya 1978 bila mana Pas telah di keluarkan dari Barisan Nasional yang mengakibatkan Pas kalah teruk hingga hilang negeri Kelantan yang mereka menang sejak pilihanraya pertama tetapi berlaku satu keajaiban di Pulau Pinang apabila Pas telah berjaya merampas parlimen Permatang Pauh dan mempertahankan Dun sungai Dua.

Strategi Dr Mahathir membawa masuk Anwar ke dalam Umno telah menghasilkan satu kejayaan yang besar kepada Umno dalam pilihanraya 1982 apabila Barisan Nasional melalui calonnya Anwar Ibrahim telah merampas kembali kerusi Parlimen Permatang Pauh dan ketiga tiga Dun dengan majority yang besar dan berakhirlah sudah semua kerusi Pas di Pulau Pinang apabila tewas di Permatang Pauh dan Sungai Dua.

Bermula dari itu Permatang Pauh telah menjadi kubu Kuat Anwar Ibrahim sehinggakan bukan saja Pas gagal untuk merampas kembali kerusi ini malah calonnya hilang deposit melawan anwar Ibrahim di sini dan selepas Anwar Ibrahim di pecat serta di penjarakan Permatang Pauh sehingga kini masih terus gagal di rampas semula dari tangan Anwar Ibrahim dan Isterinya.

Permatang pauh satu satunya kawasan parlimen yang pengundinya sangat unik dari pengundi kawasan pilihanraya yang lain di Pulau Pinang kerana telah terdapat 4 parti pernah menang di sini iaitu

1- 1959 - Perikatan (kerajaan)
2- 1969 - Gerakan (Pembangkang)
3- 1974 - Barisan Nasional (kerajaan)
4- 1978 – Pas (pembangkang)
5- 1982 – barisan Nasional (Kerajaan)
6- 1986 – Barisan Nasional (Kerajaan)
7- 1990 – Barisan Nasional (Kerajaan)
8- 1995 – Barisan Nasional (kerajaan)
9- 1999 – PKR – (pembangkang)
10- 2004 – PKR (pembangkang)
11- 2008 – PKR (pembangkang)
12- 2008 – PKR (pembangkang) pilihanraya kecil
13- 2013 – PKR (pembangkang )

Yang pastinya pengaruh dato Sri Anwar Ibrahim sangat kuat di sini dan amat sukar bagi lain lain parti sama ada Barisan Nasional atau sekutunya Pas untuk menang di sini.

#Like &Share page Penang Kia untuk mendapatkan maklumat semasa, arkib sejarah, lokasi menarik dan berbagai isu tentang Pulau Pinang.

Blackend Is The End

Dyers Eve