To Live Is to Die

free counters

Rabu, 15 Ogos 2018

HANTU KAK LIMAH HILANG IDENTITI ASAL KAMPUNG PISANG.



Dalam bercakap tentang filem terbaru Mamat Khalid, ramai yang mengatakan filem ini bermula daripada Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah dan Husin Mon dan Jin Pakai Toncit dengan meninggalkan kesinambungan kisah asal Kampung Pisang ini dalam Zombie Kilang Biskut."

Kesemua leretan filem berkisarkan Kampung Pisang ini telah mencapai keuntungan kecuali "Zombie Kilang Biskut" yang gagal mengatasi kutipan mengatasi kos filem tersebut dan filem yang terbaru di jangkakan akan mengatasi kesemua filem tentang Kampung Pisang sejak 2007 ini.

Namun dalam kehangatan sambutan serta komen positif penonton filem Hantu Kak Limah ini pengikut filem Mamat Khalid terutamnya filem berkisarkan Kampung Pisang ini tentu akan sedar yang filem ini telah agak lari daripada identity empat filem sebelum ini teruatamanya dalam dialoq yang sudah kurang menggunakan loghat negeri Perak.


Jika sebelum ini hanya Yeh Sekupang saja yang menggunakan loghat pekat utara tetapi dalam Hantu Kak Limah ini telah di tambah kepada watak Nayan dan Solehin selain Yeh Sekupang yang bercakap dengan loghat utara walaupun tidak sepekat Yeh Sekupang.

Begitu juga dengan watak-watak pembantu yang wujud sejak dari "Zombie Kampung Pisang" dan "Hantu Kak Limah Balik Rumah" juga telah di tiadakan seperti Usop Wilca, pegawai perubatan (bala ni bala), Orang tua beruniform biru (tak ingat nama) dan beberapa watak lagi yang menggunakan loghat negeri Perak selain daripada tiga watak pembantu utama seperti Pak Abu, Pak Jabit dan Azwan Anuar yang telah meninggal dunia sebelum Hantu Kak Limah ini di filemkan.

Watak baru yang di wujudkan seperti Nayan, Encik Solehin dan Khuda telah berjaya menghidupkan jenaka filem ini walaupun watak Khuda lebih banyak senyap daripada bercakap tetapi bagi mereka mengikuti filem-filem Mamat Khalid ianya bukanlah satu perkara yang pelik kerana akan ada saja watak yang Mamak Khalid akan wujudkan dalam filem-filemnya yang tidak ada dialoq dan adakalanya memegang watak utama seperti dalam filem Rock dan Lima Belas Puasa.

Jika sebelum ini filem-filem komidi Mamat Khalid agak mirip kepada idea komini pengarah filem komidi Hong Kong iaitu Stephen Chow, dalam filem Hantu Kak Limah ini pula Mamat Khalid telah mengambil plot suasana filem Thailand Pee Mak bagi menghidupkan cerita.

Selain daripada kehilangan watak yang telah meninggal dunia, Mamat Khalid juga telah banyak mematikan watak-watak di dalam setiap filem berkisar kampong Pisang ini sejak dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah hinggalah yang terbaru Hantu Kak Limah apabila watak paling utama yang sinonim dengan deretan filem berkisar Kampung Pisang ini juga telah di matikan.

Jika filem Rock berakhir dengan Rock Bro apabila watak utama Jijoe di matikan adakah filem berkisarkan kampong Pisang ini juga adalah yang terakhir apabila bukan saja ramai watak-wataknya di matikan malah Mamat Khalid juga kehilangan tiga watak menghidupkan cerita yang telah meninggal dunia iaitu Allahyarham Zami Ismail, Allahyarham Pak Man Kadir dan Allahyarham Rab Khalid.

Apa pun filem Mamat Khalid kali ini rasanya akan menjadi filem yang akan mendapat kutipan tertinggi pada tahun ini kerana promosi daripada penonton sendiri yang sudah bercakap tentang filem ini sejak setahun yang lalu di media sosial.


Penonton yang ketawa menonton filem ini pasti akan sayu apabila gambar Allhyarham Rab Khalid atau Yeh sekupang di paparkan pada kesudahan filem ini kerana saya pasti Yeh Sekupang adalah antara nama yang menjadi penarik orang ramai untuk pergi ke panggung menonton filem ini.












Blackend Is The End

Dyers Eve