To Live Is to Die

free counters

Khamis, 13 September 2018

5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON



Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.

Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14, perkara yang paling ketara ialah peratusan keluar mengundi yang tidak sampai 50% dan ini  memberi makna rakyat tidak lagi berminat dengan pilihanraya selepas melepaskan geram kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lalu.

Majoriti mereka yang tidak keluar mengundi ialah daripada kalangan pengundi Pakatan Harapan dalam pilihanraya lalu dan bakinya adalah penyokong Pas (Sungai Kandis & Balakong) selain sangat sedikit daripada penyokong BN.

Kalau dalam pilihanraya kecil yang di buat kerana kematian wakil rakyat pun pengundi tidak peduli dengan pengundian, apakah pilihanraya kecil yang sengaja di adakan untuk memenuhi hasrat Dato Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pengundi akan teruja untuk turun mengundi?

Makanya faktor pengundi tidak keluar mengundi akan sudah pasti menjadi antara penyumbang kepada Anwar akan tenggelam lemas di Pantai Port Dickson.

Faktor 2 - Undi tentera memihak kepada pembangkang

Walaupun menteri Pertahanan baru YB Haji Mohammad sabu di lihat popular di kalangan anggota tentera tetapi keputusan PRK Seri Setia baru-baru ini telah melihatkan undi tentera berpihak kepada parti pembangkang di semua saluran kecuali di saluran 1.

Di Port Dikson terdapat hampir 10 ribu undi tentera yang boleh di jadikan faktor penentu kepada kemenangan BN ataupun PKR dan sekiranya Seri Setia boleh di jadikan rujukan momentum undi tentera maka PKR akan kehilangan jumlah undi yang besar dalam pilihanraya ini.

Faktor 3 - Jika Calon BN adalah melayu

Kerusi Port Dickson atau Teluk Kemang sebelum ini adalah kerusi tradisi yang di berikan kepada MIC, namun terdapat hanya lebih kurang 20% pengundi India sahaja di sini berbanding dengan lebih 40% pengundi melayu.

Daripada 40% (lebih kurang 25ribu) pengundi melayu tersebut pula 6 ribu telah memberi undi kepada Pas dalam PRU yang lalu. ( Jika semua undi Pas adalah datang dari undi melayu),

Sekiranya Pas mampu untuk mengerakkan separuh daripada pengundinya untuk memberi undi kepada BN atas faktor calon BN ialah dari orang melayu makanya BN akan dapat menambah lagi 3 ribu undi dari penyokong Pas sahaja.

BN cuma perlu meraih separuh daripada 20 ribu undi melayu termasuk yang telah pun memberi undi kepada BN sebelum ini.


Faktor 4 - Sabotaj dalaman

Pertembungan team Rafizi dan Azmin Ali akan sedikit sebanyak memberi kesan kepada undi PKR di dalam PRK ini.

Faktor 5 - Takdir.

Kalau sudah takdir tertulis Anwar tak akan menjadi Perdana Menteri

Namun begitu saya merasakan BN dan Pas akan memberi laluan kemenangan percuma kepada Anwar kerana ianya akan melunaskan dendam bersama Umno, Pas dan Anwar terhadap Dr Mahathir dan seterusnya menamatkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.

Makanya Port Dickson akan melihatkan tamatnya imipian Anwar untuk menjadi Perdana Menteri atau beliau akan menang percuma dan di nobatkan sebagai perdana menteri atas sokongan Umno dan Pas.



Blackend Is The End

Dyers Eve